Software Low level format hard Disk
Posted in Software by ApoNie
Assalamualaikum..
Ini adalah software untuk low level format hard disk yang mempunya ciri-ciri berikut:
- Menyokong Antaramuka: S-ATA (SATA), IDE (E-IDE), SCSI, USB, FIREWIRE. Big drives (LBA-48)
- Menyokong Jenama: Maxtor, Hitachi, Seagate, Samsung, Toshiba, Fujitsu, IBM, Quantum, Western Digital.
- Program ini juga menyokong low-level format untuk FLASH cards melalui card-reader.
Mengapa perlu low level format?
Kadang-kadang, hard disk yang rosak tidak dapat dibaik pulih dengan hanya cara format biasa. Kerana, format biasa tidak sepenuhnya membuang data yang ada di dalam hard disk, oleh sebab itu dengan format biasa, data masih boleh diselamatkan(Recover) mengunakan software tertentu. Low level format pula akan membuang semua data yang ada dalam hard disk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Masa yang digunakan untuk Low level format lebih lama.
Bagi saya, teknik low level format adalah cara yang berkesan untuk membaik pulih hard disk yang rosak. Tetapi, baik jika ia dijadikan jalan terakhir kerana dikatakan, jika selalu melakukan low level format boleh menyebabkan hard disk rosak.
Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang low level format, sila rujuk laman web wikipedia disini:http://en.wikipedia.org/wiki/Disk_formatting#Low-level_formatting_.28LLF.29_of_hard_disks
Untuk download dan infomasi yang lebih terperinci tentang software ini, sila lawati laman web ini : http://hddguru.com/content/en/software/2006.04.12-HDD-Low-Level-Format-Tool/
Semoga software ini bermanfaat kepada anda.

GeeKzLife.Net » Blog Archive » Kursus Membersihkan Virus Komputer says:
[...] Software low level format hard disk [...]
sekuriti says:
x reti nk gne r…
jimie says:
sbenarnya aku tak paham sangat ngan low level (LLF)format nie…aku ingatkan dia hanyalah untuk baiki bad sector dalam hdd kita..hurmm..tapi ada sesetengah pihak berpendapat kalau wat (LLF) hdd x dapat bertahan lama..adakah ini betul?
raytech says:
pada gua pula, cikgu kata low level ni xper kalau dlaksanakan dgn kerap pun. cuma quick format akan menyebabkan pengurangan disk capacity dan seterusnya melambatkan sistem untuk mbaca hd @ partition yang terlibat. tp kalau hd yang kosong yang baru lepas laksana low level language, dan perlu diformat semula, quick format adalah terbaik…
Ahmad Zaki says:
Assalamualaikum…
Saya kurang faham mengenai penggunaan Software Low level format hard Disk ni..
Jika hard disk dah rosak, pastinya ia tidak boleh diakses melalui CPU walaupun sebagai slave… jadi bagaimana cara penggunaan software seumpama ini…?
Harap pada sesiapa yang dah tahu, sudilah kiranya memberi panduan kepada sy…
ApoNie says:
Waalaaikumsalam..
sebenarnya software ini boleh digunakan bila tahap haridsk masih boleh didetect oleh komputer walupun mungkin hardisk itu xdapat diakses secara trus disebabkan error pada file system hardisk tersebut atau lain2 masalah..
kalau yang lasung xdetect, dalam bios pon xdetect, emmang xleh buat apa ahh..
syeikh says:
assalamualaikum…
mau tnyer…
klo kite LLF,, sume file dlm partition akn hilang ke???…wlaupon kite dh bhgi partitionnyer ( stu utk system n stu ag utk privacy)……..