Malware Definition GVR Sudah Melebihi 10,000
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Alhamdulillah, dengan Upgrade GeeKz Auto Signature (GAS), Malware definition GVR sekarang sudah melebihi 10,000. Secara purata, GAS dapat mengumpul kira-kira 100++ Signature baru dalam masa sehari.
Oleh kerana signature semakin bertambah, saiz file signature turut bertambah. Teknik update signature GVR sekarang, iaitu dengan memuaturun 1 file keseluruhan signature sudah tidak relevan. Jadi, untuk GVR 4.2 final release nanti, insyaAllah saya akan menaik-taraf teknik update signature.
Beberapa hari ini, hosting geekzlife agak perlahan, mungkin ada pengguna GVR mengalami masalah untuk update signature terbaru. Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan agar anda download secara manual signature terkini.
