Cara Menghindari Terkena Jangkitan Malware
Posted in Home, Tips And Trick by ApoNieAssalamualaikum…
Salah satu cara selamat untuk menghindari dari dijangkiti malware terutama semasa melayari internet ialah dengan menggunakan Sandboxie. Sandboxie adalah perisian percuma yang berfungsi menjalani apa-apa perisian dalam “ruang” yang diasingkan dengan sistem sebenar anda. Ini bermakna, apa-apa kelakuan perisian, termasuk malware, yang dijalankan melalui sandboxie tidak akan memberi kesan kepada sistem sebenar anda. Jadi anda selamat untuk melayari internet tanpa bimbang komputer anda dijangkiti malware.
Sandboxie tidak terhad untuk digunakan untuk melayari internet secara selamat sahaja, tapi anda juga boleh menggunakannya untuk menjalani apa-apa perisian yang mencurigakan, terutama perisian yang “illegal” seperti “crack”, kerana ada pihak tertentu yang selalu mengambil kesempatan menipu dengan menyediakan “crack” yang telah digabungkan dengan malware.
Di bawah ini adalah gambar bagaimana cara sandboxie berfungsi:
Anda boleh menonton video dibawah ini untuk mengetahui cara menggunakan sandboxie:
Untuk download perisian sandboxie ini, sila layari laman web utama sandboxie: www.sandboxie.com.
Semoga bermanfaat
Tips buang iklan di YM
Posted in Tips And Trick by ApoNieAssalamualaikum…
Salah satu perkara yang aku tak suka bila guna YM ialah iklan yang kat bawah tu:

Untuk buang iklan nie, aku google dan jumpa satu cara yang berkesan. Khas untuk version dibawah nie sahaja:
9.0.0.2128 – [ Download ]
9.0.0.2112 – [ Download ]
9.0.0.2034 – [ Download ]
9.0.0.2018 – [ Download ]
Cara-cara:
- Download file diatas berdasarkan version yang anda sedang guna sekarang.
- Masuk ke folder “C:\Program Files\Yahoo!\Messenger”
- Carik file “YahooMessenger.exe” dan rename nama file dengan apa sahaja nama lain (contoh: YahooMessengerx.exe)
- copy masuk file exe yang anda download tadi ke folder tersebut dan renamekan namanya jadi YahooMessenger.exe.
- open YahooMessenger.exe.
- Siap
Selamat mengunakan YM tanpa iklan
credit to: Dave
Ubah Startup Sound Windows Vista
Posted in Tips And Trick by Johnburn/!\ Try at your own risk /!\
- Download ResHacker
- Copy fail imageres.dll yang berada dalam folder System32 (C:\Windows\System32) dan simpan ke dalam satu folder
- Buka fail imageres.dll yang telah disimpan tadi dengan ResHacker
- Expand folder yang bernama WAVE (Rujuk gambar)

- Klik kanan pada pada 1033 (nombor ini mungkin berbeza bergantung pada versi bahasa windows tersebut) dan klik Replace Resource…
- Klik Open file with new resource… dan pilih fail wave yang hendak digunakan
- Setelah selesai, taipkan WAVE pada bahagian Resource Type, kemudian taipkan 5051pada bahagian Resource Name. Akhir sekali, taipkan 1033 pada bahagian Resource Language (atau nombor yang sama seperti pada langkah 5)

- Setelah selesai, klik Replace dan tekan Ctrl + s atau File >> Save untuk simpan perubahan yang telah dilakukan
- Copy dan paste fail imageres.dll yang telah diedit tadi ke dalam folder System32
- Simpan fail imageres_original.dll yang ditinggalkan ResHacker sebagai backup. Sekiranya anda ingin menukar kepada bunyi yang asal, anda hanya perlu menukar kembali nama fail tersebut kepada imageres.dll dan paste ke dalam folder System32.
Fix Masalah Double Click Drive/Folder Jadi Membuka Window Baru
Posted in Tips And Trick by ApoNieDimulakan dengan segala pujian buatMu serta selawat dan salam buat Rasul Junjungan SAW..
Untuk mengatasi masalah bila buka folder atau drive yang menyebabkan kluar window baru, sila cuba kaedah ini:
- Pergi ke control Panel, pilih “Folder Options”.
- Tick pada bahagian “Open each Folder in same window”
- Selepas itu tekan “OK”
- Siap
Tips Mengelak Virus Merebak Dari Pendrive.
Posted in Tips And Trick by ApoNieDimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim serta selawat dan salam buat Rasul Junjungan SAW..
Salah satu cara virus merebak adalah melalui pendrive. Ada beberapa cara virus merebak dari pendrive, antara caranya ialah:
- Melalui file Autorun.inf
- Apabila file Autorun.inf berada dalam pendrive, dengan ketetapan asal windows (default setting), file autorun.inf akan dibaca bila pendrive dimasukkan kedalam port USB. Biasanya virus akan mempergunakan arahan “open = virus.exe” untuk mengaktifkan dirinya dalam file autorun.inf.
- Sesetengah Antivirus tidak membuang file autorun.inf walaupun virus yang mempergunakan file autorun.inf itu dihapuskan. Oleh kerana file Autorun.inf tu masih wujud dalam pendrive atau drive/partition lain, menyebabkan timbul masalah yang mana drive tersebut tidak dapat diakses dengan ‘double click‘.
- Untuk Mengatasi masalah virus yang merebak melalui file Autorun.inf ini, download GVR, buka program tersebut dan pergi ke menu option >setting. Tick pada box “Block Autorun File” dan “Disable AutoPlay“
- Untuk mendapat kesan tetapan, sila restart komputer anda.
- Dengan tetapan ini, walaupon ada/wujud file Autorun.inf didalam pendrive atau drive komputer anda, ia tidak akan dibaca, maka kewujudannya tidak memberi kesan apa-apa jika pendrive dimasukkan kedalam port USB, mahupun jika drive/pendrive di akses dengan ‘double klik‘.
p/s: Autorun.inf juga “mati” dalam semua jenis data storage seperti hardisk dan lelain.
Bersambung…


