Category: Software

Malwarebytes’ Anti-Malware

Posted in Software by ApoNie

Malwarebytes’ Anti-Malware adalah perisian Anti-Malware yang berkesan untuk membuang pelbagai jenis malware seperti Rogue-Antivirus, Spyware, adware dan lain-lain malware. Secara peribadinya, software ini adalah salah satu software yang saya gunakan untuk membuang malware khususnya spyware dan rogue antivirus.

Saya telah menggunakan software ini untuk membuang spyware seperti Vundo, Spyware online games, Rogue Anti virus, dan lain-lain. Ianya memang berkesan.

Selain itu, Malwarebytes’ Anti-Malware juga menyediakan tool FileASSASIN yang mana ia digunakan untuk membuang (delete) file-file yang degil, yang tidak boleh dibuang secara biasa dalam windows.

Anda boleh menggunakan secara percuma software ini,  boleh scan dan remove malware yang wujud. Tetapi untuk menggunakan fungsi “Real Time Protection”, anda kenalah beli software tersebut. :)

Untuk download dan maklumat lanjut, sila rujuk laman web utama Malwarebytes’ Anti-Malware disini:

http://malwarebytes.org/mbam.php

UltraSurf 8.9 the best proxy ever

Posted in Software by example010

Baru2 ni aku jumpe satu software proxy yang memang cool n mmg berhasil.. Maybe ade yang dah lame pakai.. UltraSurf name diberi n aku try la gune n mmg puas ati.. Software ni merupakan care paling selamat dan pantas untuk menembusi penapisan firewall tempat korg blaja or tempat keje.. Die akan tunnelkan ip korang ke proxy server terdekat ke port 9666. Pasal speed memang takde masalah sebab aku slalu gune proxy laen tapi speed mmg lembab giler.. tapi dengan UltraSurf macam takde beza ngan tak gune proxy.. download pun ok..

UltraSurf

Software hasil karya UltraReach Internet Corp. untuk capaian internet tanpa batas. Membenarkan pengguna dari negara2 yg ade tapisan seperti China dan lain2 untuk melayari web yg ditapis. Apabila run, die akan gune Internet Explorer sebagai default.

Cara Guna

  1. Download file kat sini
  2. Extract file tu.
  3. run file tu. Kalau berjaya akan keluar Internet Explorer ngan web bahase china.
  4. Tutup internet explorer tu dan bukak internet explorer baru.
  5. Pastu anda selamat melayari apa sahaja.

Tambahan: Untuk pengguna Firefox, UltraSurf tak settingkan secara automatic jadi kite kena tukar secara manual. Mudah je. Bukak Firefox. Kalau firefox 2.*, bukak kat tool>options, kalau firefox 3.*, bukak kat edit>preferences. Pastu kat tab advance klik network dan klik setting.. Pilih manual proxy configuration.. Kat http proxy, masukkan 127.0.0.1 dan kat port letak9666. pas tekan ok, dah leh gune.

Software Low level format hard Disk

Posted in Software by ApoNie

Assalamualaikum..

Ini adalah software untuk low level format hard disk yang mempunya ciri-ciri berikut:

  • Menyokong Antaramuka: S-ATA (SATA), IDE (E-IDE), SCSI, USB, FIREWIRE. Big drives (LBA-48)
  • Menyokong Jenama: Maxtor, Hitachi, Seagate, Samsung, Toshiba, Fujitsu, IBM, Quantum, Western Digital.
  • Program ini juga menyokong low-level format untuk FLASH cards melalui card-reader.

Mengapa perlu low level format?

Kadang-kadang, hard disk yang rosak tidak dapat dibaik pulih dengan hanya cara format biasa. Kerana, format biasa tidak sepenuhnya membuang data yang ada di dalam hard disk, oleh sebab itu dengan format biasa, data masih boleh diselamatkan(Recover) mengunakan software tertentu. Low level format pula akan membuang semua data yang ada dalam hard disk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Masa yang digunakan untuk Low level format lebih lama.

Bagi saya, teknik low level format adalah cara yang berkesan untuk membaik pulih hard disk yang rosak. Tetapi, baik jika ia dijadikan jalan terakhir kerana dikatakan, jika selalu melakukan low level format boleh menyebabkan hard disk rosak.

Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang low level format, sila rujuk laman web wikipedia disini:http://en.wikipedia.org/wiki/Disk_formatting#Low-level_formatting_.28LLF.29_of_hard_disks

Untuk download dan infomasi yang lebih terperinci tentang software ini, sila lawati laman web ini :  http://hddguru.com/content/en/software/2006.04.12-HDD-Low-Level-Format-Tool/

Semoga software ini bermanfaat kepada anda. ;)

Portable Freeware

Posted in Software by ApoNie

Assalamulaikum..

Tahu per itu portable freeware? portable freeware maksudnya sofware/applikasi yang percuma yang xperlu install untuk guna. Jadi, korang bleh letak dalam pendrive jer portable freeware nie untuk digunakan di mana sahaja. Biasanya saiz portable freeware nie kecik jer. GVR pon dikira sebagai portable freeware jugak.. ;)

Untuk mendapatkan software² portable nie secara percuma leh usha 2 laman web nie:

Harap laman web tersebut memberi manfaat kepada anda semua.. sekian..

Notepad++, text editor yang bagus..

Posted in Software by ApoNie

Assalamualaikum..

Mungkin masih ramai yang tak pernah guna software nie. Software nie aku biasa guna bila buat programming, senang nak edit luar compiler. Sebab software nie ringan dan kemas.

Selain tu, dia support banyak language, c++, java, vb, vhdl dan lain.. Jangan salah sangka, notepad++ nie bukan compiler, ia hanya text editor. Jadi jangan plak nak compile code guna notepad++ :P

Notepad++ nie jugak ada macam-macam plugin seperti hexeditor, coverter dan banyak lagi ahh.. Korang leh explore sendiri ahh.. ;)

Untuk download dan info yang lebih detail, sila ke web rasmi notepad++ http://notepad-plus.sourceforge.net/uk/site.htm

notepad++

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan