Category: Software

Buster Sandbox Analyzer

Posted in Home, Software by ApoNie

Assalamualaikum..

Seperti biasa, selalu jer jarang update web nie.. hehe .. banyak komitmen skrang, jadi tak der masa sangat nak buat post baru kat sini.. Maaf.. ;)

Ada sape2 pengunjung geekzlife yang join i-hack 2010 kat uitm shah alam nanti?  mungkin saya juga akan ke sana sekadar tengok2 orang terer-terer mengodam.. Nak masuk bertanding sekali rasa cam xlayak lagi, ilmu masih xberapa banyak didada.. huhu.. harap-harap meriah lah i-hack tahun nie.

Dikesempatan ini, saya nak wish good luck kepada ex-housemate saya, asyraf, yang berjaya masuk final racangan imam muda musim pertama.. Semoga dia menanglah hari jumaat nie.. amin… :)

kembali pada topik post kali ini. Buster Sandbox analyzer adalah salah satu perisian yang digunakan untuk menganalisis kelakuan malware (worm, virus, trojan,dll) dalam persekitaran sandboxie. Perisian ini memanipulasikan sandboxie untuk merakam aktiviti yang berlaku dalam sandboxie. Saya pernah menerangkan mengenai sandboxie sebelum ini, jika ada antara anda yang masih belum membacanya, sila baca post-post sebelum ini. Perisian ini mudah untuk digunakan dan senang nak install. Jadi perisian ini amat sesuai untuk mereka yang masih baru dalam bidang keselamatan yang berkaitan dengan malware untuk mengetahui dan mengkaji kelakuan malware. Result yang diperolehi dari analisis yang dilakukan juga agak detail.

Untuk keterangan lanjut mengenai perisian ini, sila lawati laman web rasmi Buster Sandbox Analyzer di: http://bsa.isoftware.nl

Semoga bermanfaat.. :)

Kaspersky Virus Removal

Posted in Home, Software by ApoNie

kaspersky-virus-removal-tool_1

Assalamualaikum…

Salah satu virus removal yang bagus. Cuba lah guna ;)

Info

The Kaspersky Virus Removal Tool application was designed to be another virus scanner and detection software from Kaspersky. The produst will scan the specified locations for any virus threats and remove them or send to Quarantine folder.

Download

Software Update Offline Windows

Posted in Software by ApoNie

Assalamualaikum…

Tak dinafikan bahawa update windows adalah penting, salah satu sebabnya adalah untuk tujuan keselamatan komputer dari serangan malware. Ada sesetengah malware mempergunakan Bugs(kesilapan, kelemahan dll)  dalam windows untuk tujuan yang tidak baik.

Software yang akan digunakan ialah c’t Offline Updater. Anda boleh mengunakan software ini untuk update windows dan Ms office. Software ini mesra penguna dan mudah digunakan. Rasanya tak perlu saya membuat tutorial cara mengunakan software ini.

Untuk download dan maklumat yang lebih lanjut, boleh ke web ini:

http://www.heise.de/ct/projekte/offlineupdate/download_uk.shtml

Windows XP SP3 TCP/IP Patcher

Posted in Software by ApoNie

Dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim serta selawat dan salam buat Rasul Junjungan SAW..

Program ini adalah crack untuk menaikkan jumlah koneksi TCP/IP yang dibenarkan dalam satu masa. Jadi, secara teorinya, bila di naikkan jumlah koneksi ini, internet speed juga meningkat, terutama bila tengah muat-turun dan bermain permanainan online. Nilai tetapan yang saya shorkan adalah dalam lingkungan 500-600.

Untuk Upgrade SP2 ke SP3 sila ke laman web microsoft ini: http://www.microsoft.com/DOWNLOADS/details.aspx?FamilyID=5b33b5a8-5e76-401f-be08-1e1555d4f3d4&displaylang=en

AMARAN

Crack ini hanya dapat berfungsi untuk Windows XP SP3. Sebarang kerosakkan akibat dari program ini adalah tangungjawab sendiri.

p/s: Saya dah cuba sendri crack ini, nampak sedikit perubahan. :)

FlashGet Mini V1.2

Posted in Software by ApoNie

Kecil, comel dan laju, tu yang aku leh komen pada software Flashget Mini nie.. Dia punya fungsi dan setting hampir sama ngan FlashGet biasa. Pandai2 ahh cuba sendiri.. :)

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan