Category: Motivation

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Posted in Home, Motivation by ApoNie

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak share artikel tentang motivasi hidup. Geek, geek jugak, tapi bab2 hidup sebagai orang islam wajib dilaksanakan. Sama-samalah kita sentiasa muhasabah diri, membersihkan hati kita dari dunia ini yang sentiasa cuba “menyesatkan” dan melalaikan kita dari mengingati Allah SWT dan mengerjakan suruhanNya. InsyaAllah..

Kali ini saya ingin kongsi artikel yang dihantar melalui email yang difoward. Harap melalui artikel ini dapat kita mengambil pengajaran yang baik untuk dijadikan panduan dalam hidup kita, InsyaAllah.. :)

——————————————————–

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Lagi nasihat untuk pelajar Sains Komputer & IT

Posted in Motivation, Programming by ApoNie

Dulu aku ada tanya pendapat bro dari putera.com (Electroboy) pasal bidang komputer semasa aku mula2 masuk UM (2006). Jadi, aku nak kongsi ngan anda semua. Post ada yang aku cut untuk kesesuaian pembaca.. Harap bermanfaat :)

===================

Terlebih dahulu aku pun nak perkenalkan diri ************* ..dan aku ni bukan sorang student/ex-student sains komputer, tp aku di suatu course yg ada la kaitan rapat dgn teknologi komputer dan komunikasi ni, final year :)

Sebelum pegi jauh gak….aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah sebab berjaya masuk program degree di IPTA – and sememangnya program degree ni ada banyak cerita menarik yg berkait rapat dgn ke’blurr’ an ko ni… yeah, maybe apa yg aku cakap ni personal opinion – but it is a very good personal opinion, since hampir semua org yg aku kenal dan pernah cakap (students, lecturers, ex-students/professional yg dah involved in industries from all over malaysia, Europe, Asia Barat) pun ada opinion yg sama gak mengenai program degree ni.

Dan satu yg obvious ialah, tak semua (tak keterlaluan kot aku cakap “ramai”) org yg di course IT/CS/engineering yg masuk U in the degree program yg terrer pasal komputer (atau apa bidang/course yg diambil). Dan berbanggalah kepada diri sendiri (yes, give yourself a credit) kerana ko adalah somebody special dalam batch ko, and perhaps akan jadi someone which is one-in-a-million yg lebih advanced daripada member2 yg lain, mungkin dalam bidang programming.

Jangan salah anggap… bebudak yg masuk degree ni semuanya bijak2 semua, takdenya boleh masuk kalau bukan di kalangan yg terpilih… but then, tak semestinya yg terpilih tu semuanya power2 dalam bidang hands-on – ingat, mereka semua termasuk ko (dan aku skali) dipilih berdasarkan result exam yg lepas, bukannya macam interview keje yg kena tunjuk skills dulu baru boleh pegang jawatan system analyst.

Dan oleh kerana yg masuk ni semua bijak pandai dalam menjawab soalan exam – maka itulah apa yg ko akan lakukan dan kena lakukan – Score the best in exam dan graduate dengan pointer yg amat tinggi. But in the end, ramai menganggur even yg first class grads…sebab utama macam dalam newspaper cakap – tak reti nak berkomunikasi dengan org lain dan yang paling utama – takde skills dalam bidang yg diceburi.

Seseorang boleh score paper C++ dgn 100%, tapi itu tidak bermakna yg dia tu memang terrer coding and is a geek+experienced programmer, dia tu hanyalah seorang yang study smart and know how to tackle questions and score in the exam. Itulah matlamat sebenar program degree ni – nak bagi student tahu cara nak tackle problems dan selesaikannya dengan baik sekali since program degree ni intended kat students yg bakal jadi managers, supervisor dan bukannya org technical dan operational. But that just doesn’t sound right, right? Tp itulah hakikatnya. Dan hakikat lain plak ialah industries utk fresh graduates ni ceritanya lain plak. But save that conversation to some other time.

Apa yg aku cuba sampaikan setakat ini ialah, semua yg masuk tu tak lebih dari bijak pandai yg bijak dalam score exam, budak fresh yg lepasan matriks/spm/stpm – apa yg ko boleh expect dari bijak2 pandai lepasan ni semua? Yes, the same as you may expect from yourself. Cuma apa yg advantagenya mengenai diri ko ialah – ko adalah bersifat investigatif, suka explore dan selesai masalah in real-time situation -bukan setakat menjawab soalan berbentuk KBKK/CCTS/whateveryouwanttocallit di atas kertas soalan exam. Ko claim ko power pasal komputer dari yg lain – please, you deserve it.tp camne ko dapat ilmu “yg lebih” ni dari org yg lain? Adakah sebab silibus di sekolah/matriks ko dulu lain dari mereka? Tidak, semua sama. But you are that “somebody” sebab ko ada effort sendiri utk belajar lebih mendalam pasal komputer.

So that’s what you gotta do right now – tambah ilmu, expand apa yg ada dalam diri ko by yourself, seperti mana yg ko buat sebelum ini. Jadikan apa yg ko belajar di kuliah sebagai starting point utk ko expand diri ko. Say macam kuliah database, ko belajar queries dan normalization stuffs, tu semua basic je…why not go for developing simple web authentication system, use php for value-add. Lebih kurang gitula…

Tp ko kena beza study for exam dan study utk diri sendiri. Study utk exam semestinya lain dan perlu diutamakan. Aku faham bila ko cakap subjek lain tak best langsung dan ko blur je sepanjang sem ni”. It’s true and happens to everyone (aku dah tanya dekat 100 org dah :P ). Aku pun benci subjek2 yg guna maths complexs (cam optical comm, digital signal processing, microprocessor etc) dan subjek agama, bahasa, sejarah blablabla…. tp aku cukup suka hi-speed network, system admin dan semua programming class. Tp itu semua kita kena pasrah dah go for it for the sake of exam. Tak suka pun telan je…buat saja yg terbaik utk score dalam exam. Ni la caranya utk study demi exam.

Selalunya bila dah benci satu subjek hanya ada dua factor – lecturer tu yg sendiri yg membosankan (kebanyakannya) dan yg kedua adalah students tu sendiri benci dgn subjek tu. Cara nak tackle menda ni ialah yg terbaik adalah jumpa lecturer tu sendiri dan tanya soalan apa yg akan kluar, apa yg ditekankan blabla(guna kreativiti ko sendiri utk menjadi jambu lecturer, elemen paling penting ni :P) tp kalau lecturer tu sendiri membosankan… better ko cari seniors or sesapa member yg boleh bantu ko. Whatever happens, struggle for it – suka ataupun tak.

Dan nak belajar benda baru lagi baik kalau kenal member yg sekepala or somebody yg boleh jadi mentor. Maybe ko masih baru dan tak kenal lagi semua member ko “yg sebenar”. Sebab ramai geek/nerd ni takkan tonjolkan dirinya berkemampuan (Tp sebenarnya susah nak jumpa org camni). Macam aku dulu very lucky, jumpa la dua org geek (sorang pc hardware, sorang lagi programmer) masa minggu pertama masuk kampus as freshie in 1st semester.

Usually (but not necessary) mesti ada student yg betul2 power dan ready utk tolong ko…tp mostly diorang cuba avoid from being popular sebab “takut kena layan pelbagai pertanyaan newbie dari pelbagai jenis newbie”. Aku pun personally malas nak layan soalan noob, tp aku akan layan soalan noob sekiranya org yg tanya tu bertanya dalam keadaan “dia ada ilmu dalam apa yg ditanya”, cuma perlukan somebody to point to the right direction.

So you yourself dah ada advantage, try to make friends dgn org camni…usuallt boleh jumpa diorang di kalangan student master.Cuba dekatkan diri dengan diorang…or perhaps dari faculty lain… cam di UPM aku nampak student computer engineering lagi talented dari CS. So maybe you have to get out of the box.

Masuk competition cam MSC Apicta, robocon, phillips young inventors, come up with products….aku gerenti kat ko, ko sememangnya akan kenal geeks yg jauh lagi power dari ko dalam pelbagai bidang…and it is very comfortable to knows them each others very well.

Pegangan hidup

Posted in Motivation by ApoNie

Assalamualaikum..

Tengah aku duk carik ilmu pasal motivasi, aku terjumpa artikel dari web nie http://blog.azhad.com/2005/02/pegangan-hidup.html

Ada ‘sesuatu’ yang aku dapat dari citer tu, jadi aku letak dalam web nie supaya dapat memberi manfaat kepada anda semua..:)

—————————————————————————————

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

 

“Abg nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

 

“Tak apalah dik… abg dah pesan makanan,” jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

 

“Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

 

“Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

 

Setiap yang lalu ditanya… ” Nak tak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

 

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

 

“Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

 

” Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

 

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

 

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

 

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

 

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

 

“Abg nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

 

“RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

 

Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

 

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan