Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Posted in Home by ApoNieDimulakan dengan segala pujian buatMu serta selawat dan salam buat Rasul Junjungan SAW..
Assalamualaikum… Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan, dan pengunjung GeeKzLife.Net.. Jika ada salah dan silap, dharap maafkan saya, kerana saya ini hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa.. Diharap Maafkan saya..
Saya balik kampung malam nie.. Jadi tak dapat online dalam masa 10 hari.. Semoga anda semua bergembira di Hari Raya.. InsyaAllah…
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pengunjung GeeKzLife.Net. Maaf, agak terlambat memberi ucapan.. huhu.. biasa ahh, aku sentiasa sibuk dan takder mood sejak kebelakangan nie..
Berita terbaru tentang GeeKz Virus Remover, sekarang aku tengah cuba mengabungkan visual basic dan c++ dalam GVR untuk version 4.2 nanti. Selain tu, aku tengah develop satu function Real Time Protection (RTP) dalam GVR terbaru nanti, tapi masih dalam percubaan. Fungsi RTP dalam GVR nanti sama seperti Anti Virus lain, dan yang agak menarik, pecubaan awal aku menunjukkan RTP dalam GVR tak menggunakan resource pc yang bnyak, dan tak ‘clash’ ngan AV yang lain.. Jadi, tak bermasalah untuk menggunakan GVR bersama dengan Antivirus lain
Namun begitu, aku kalau bleh memerlukan beta tester lagi untuk GVR 4.2 nanti, terutama untuk test function RTP nie.. saper nak jadik beta tester tu, leh contact aku melalui YM aku: shahrir1999. Kerjasama anda amat dihargai…
Per2 pon, selamat berpuasa semua.. Jangan duk carik alasan nak monteng puasa.. ingat, Allah sentiasa tahu perbuatan hambanya… sekian..
Updated:
GVR 4.1 Minor update.
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Aku ada ada update skit GVR untuk performance yang lebih baik.. sila lah download balik..
Direct-link From Geekzlife.Net
GVR 4.1 Setup
GVR 4.1 Portable
GVR 4.1 Installer..
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Disebabkan ada permintaan suruh aku buat installer untuk GVR nie, jadik aku buat ahh satu..
Ada yang beritahu aku yang AVG dan beberapa AV lain detect GVR sebagai virus. Sebenarnya ia adalah kesilapan AV tersebut yang dipanggil “False Positive”.. Hal ini berlaku kerana Heuristik engine pada AV tersebut.
Apa itu Heuristik engine? emm.. dengan kata mudahnya, heuristik engine dibina untuk mengesan virus baru dengan mengesan beberapa perlakuan program yang discan.. contohnya, jika heuristik engine tersebut di-’setting’ akan detect mana2 program yang menggunakan arahan “delete” atau “format” sebagai virus. Jadi, apa-apa2 program menggunakan arahan “delete” atau “format” akan di detect sebagai virus.. Camtu ahh lebih kurang.. jadi, GVR 4.1 menjadi mangsa false detection oleh AVG dan lelain..
Untuk version installer nie, aku dah modified code GVR, jadik AVG dah tak detect sebagai virus.. Tapi Norman Virus Control dan Sophos Antivirus masih detect GVR sebagai virus.. huhu.. untuk version portable, nanti aku cuba ubah untuk bagi AVG xdetect sebagai virus..
per2 pon, semoga version installer nie memberi kebaikan kepada anda semua..
Direct-link From Geekzlife.Net
- GVR 4.1 Setup – [ Download ]
GVR 4.1 Release!
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Akhirnya siap jugak GVR 4.1 setelah lama tak update.. Aku tak siapkan lagi detail info pasal apa yang baru dalam GVR baru nie, nanti dalam masa terdekat, InsyaAllah aku buat.. Tapi, tanpa info tu pon, aku rasa korang semua tahu secara kasar apa yang berubah bila guna sendiri version baru nie
GVR ni aku dah test dalam beberapa keadaan, dan stabil untuk Win XP SP3 @ SP2. Kat vista pon aku dah test secara kasar, dan memang tak der masalah untuk run GVR nie.. Kalau ada yang tak dapat guna kat vista tu, memang aku tak tahu masalah dia kalau tak bawak sendiri pc/laptop tu depan aku.. Tapi kalau nak bawak depan aku pon, rasanya susah gak, sebab aku memang sibuk gile semester nie.
Semester ni memang aku nak fokus bebetul kat pelajaran aku, sebab semester lepas result aku teruk giler, dan semester depan tak dapat PTPTN sebab aku terlalu “cemerlang” :P . Oleh kerana itu, masa untuk kajian GVR mungkin dimansuhkan sebab aku kejer part-time untuk biaya kos pelajaran semester depan.
per2 pon, harap anda semua menyukai GVR yang terbaru ini.. sekian..
SaveFile Link



