Category: Home

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum…

sory semua, lama xupdate.. saya bz skrang (alasan sama jer.. hehe).. Sempena bulan ramadhan nie, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pengunjung geekzlife.net, harap dalam bulan nie kita sama2 dapat beribadah dengan khusyuk dan muhasabah diri demi untuk masa depan yang lebih baik di dunia dan akhirat, insyaAllah ;)

Di bulan ramadhan ini, saya dalam dilema untuk memilih jalan hidup. Saya mempunyai tiga pilihan dan setiap pilihan ada pro dan kontranya yang tersendiri. Sejujurnya amat susah untuk saya untuk membuat keputusan. Semoga Allah memberi pentunjuk kepada saya di bulan yang mulia ini.. Amin…

Masuk sikit berkenaan dengan virus, di bawah adalah video berkenaan virus dari Mikko Hyppnen, sangat menarik untuk ditonton.. Selamat menonton :)

FAQ

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

Saya dah buat satu page FAQ kat menu atas tu, jadi sebelum bertanya, silalah ke ruang FAQ tersebut, kemungkinan besar soalan tersebut sudah dijawab di ruang tersebut.

Bila GVR nak upgrade? xtahu lagi.. hahaha.. lari….

 

p/s: dah update skit signature GVR.

Malware Definition Update

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum..

Dah update 40k++ lebih signature baru. Sekian.. :)

 

Selamat Tahun Baru 2011

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum…

Selamat tahun baru semua. Walaupun dah kira terlambat, paling kurang masih bulan 1 lagi.. hehe..

Untuk GVR, sebenarnya saya dah ada kumpul dalam 30k signature baru, tapi xupdate lagi ke web. Maaf, memang sekarang teramatlah sibuk, maka masa untuk projek ini pun terbengkalai.. Setelah lama xupdate, saya check memang ramai lagi guna GVR.. xsangka pulak, dah lama tinggal masih ada yang guna.. huhu..

Jika benarlah memang ramai nak guna GVR nie, saya ingat ingin meminta bantuan kepada pengguna GVR semua untuk saya UPkan sebijik dedicate server/VPS untuk tujuan dijadikan tempat mengautomatikkan semua benda untuk GVR dan yang berkaitan.. jadi GVR akan berfungsi tanpa kehadiran saya. Jika ada yang bermurah hati untuk sudi menolong saya dan pengguna GVR lain, silalah hubungi saya di email:. Terima kasih.. :)

btw (sementara itu?) sesapa yang berminat untuk berkerjasama untuk memajukan GVR dari segi pembangunannya dan sanggup bersabar membaca kod2 GVR yang berterabur, silalah contact saya juga.. Dan semestinya memang xder upah dari segi keewangan kepada mereka yang ingin berkerjasama, tetapi insyaAllah, paling kurang dapat membuat amal jariah.. :)

Jangan bertanya kenapa tidak diopen-sourcekan saja GVR.. banyak sebab sebenarnya, salah satu sebab adalah kerana tidak mahu GVR diterokai kelemahannya dengan mudah. Jika pembuat malware (virus,worms,trojan,dll) tahu bagaimana GVR mengesan malware mereka, maka dengan mudah GVR di bypass. Ya, benar, kalau orang nak bypass, boleh bypass gak.. Tapi at least dapat menyusahkan sedikit hidup mereka.. huhu.. dan satu lagi sebab yang paling kukuh adalah, kod GVR berterabur!! nanti memalukan diri sendiri pulak.. hahaha… :bloody:

Apa-apapun, selamat tahun baru, semoga kita semakin hari semakin kurang kebodohan, dan semakin banyak kebijaksanaan, dan semakin beriman kepadaNya.. Aminnn..

Salam Eidulfitri

Posted in Home by ApoNie

Assalamualaikum…

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. Pada kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan-kawan, kenalan, dan juga pengunjung laman web ini jika ada salah silap yang pernah saya lakukan secara sengaja mahupun tidak. Saya hamba Allah yang hina, tidak terlepas dari dosa.

Saya yang baru menempuh alam baru, iaitu alam pekerjaan, ianya memberi perubahan ketara terhadap kehidupan saya. Sekarang saya banyak mempelajari tentang realiti kehidupan. Sebelum ini, masa saya banyak dihabiskan di depan komputer, jarang bertemu, bergaul, dan bersosial dengan masyarakat. Bila dah bergelar pekerja, nak tak nak, memang saya terpaksa bertemu dan bergaul dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik, bagus, dan ada juga yang sebaliknya. Boleh dikatakan saya mengalami “culture shock” bila bertemu “jenis-jenis manusia” yang “baru” bagi saya. Ianya seperti bertemu dengan sejenis “malware” yang baru, yang mana saya perlu analisis, dan fahami “malware” tersebut. Tapi hakikatnya, nak menganalisis malware jauh lebih mudah untuk ‘menganalisis’ manusia.. huhu… Semoga saya boleh menyesuaikan diri dengan “dunia” baru saya ini.. insyaAllah..

Mengenai website ini, seperti biasa, memang jarang dah kemaskini. Alasan biasa, sibuk. GVR terbaru sebenarnya ada yang latest dengan engine heuristic terbaru, tapi tak publish lagi. Rasanya cam tak nak publish. Takut tak ada masa nak bagi support untuk GVR nie. Rasa dah letih nak menjawab soalan-soalan dari pengguna, lagi-lagi soalan yang berulang dan telah dijawab beratus kali. Jadi ingat cam nak close jer projek untuk GVR, sebab sebenarnya ianya dah jadi beban pada saya. Tambah pula kebanyakkan Antivirus hari ini dah cukup bagus untuk menlindungi komputer. Jadi baik buat projek/perisian baru yang lebih relevan dan boleh beri kebaikan pada diri saya dan orang lain. Kalau anda rasa tak patut saya close projek GVR, sila beri alasan yang baik dekat bahagian komen. :)

Sekian, sekali lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Search

Download GVR 4.2 Beta

GVR Malware Definition

Twitter Updates

ShoutBox

Langgan GeeKzLife.Net

Enter your email address:

Pautan