Teknology “Cloud Antivirus”
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Tahukah anda apa itu teknology “Cloud Antivirus”? Berdasarkan jawapan dari Immunet’s CEO, Oliver Friedrichs, yang di keluarkan oleh TechnologyReview.com:
Dengan bahasa mudahnya, imbasan malware dengan menggunakan signature dan enjin imbasan daripada internet. Tetapi adakah teknologi ini relevan untuk digunakan di Malaysia? yang mana boleh dikatakan kelajuan internetnya masih dalam kategori perlahan jika dibandingkan dengan negara lain? Bagi pendapat saya, teknologi ini masih tidak relevan untuk digunakan di Malaysia melainkan kelajuan internet anda amat memuaskan (lebih dari 1 mbps).
Antara perisian Antivirus yang mengguna teknology ini adalah: Panda Cloud Antivirus dan Hitman
Mungkin 2-3 tahun nanti jika internet Malaysia sudah berada pada tahap yang baik, mungkin saya juga akan menggunakan teknologi ini. Ideanya sudah ada, hanya menunggu masa sahaja.
Jika ada diantara anda sudah pernah mengguna mana-mana antivirus yang menggunakan teknology “cloud”, sila kongsi pengalaman anda di bahagian komen. Kalau mahu berkongsi pengalaman di forum Malaysiav.com lagi baik.
p/s: Jika ada tersilap informasi di dalam post ini, sila beritahu saya dibahagian komen.
Ruangan Baru – E-booK
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Saya dah tambah satu lagi ruangan dekat sidebar iaitu E-Book. Jadi di ruangan tersebut saya akan sentiasa memuat-naik e-book yang saya ada, terutama dalam skop programing dan malware. Semoga bermanfaat kepada anda..
Majulah ilmu untuk negara.. hehe..
Phishing?
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Saya ada terima email:
xss?
Kesimpulan: Jangan cuai, semak dulu URL sebelum Login apa-apa laman web.
Hacking The Malware
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum..
Hacking The Malware oleh Rahul Mohanda. Contoh menganalisis malware yang menarik. Dalam dokumen tersebut, penulis telah berkongsi ilmu cara menganalisis woms sohanad yang mana pernah popular dulu, malah sekarang juga masih ada lagi pengguna yang masih dijangkiti oleh varian worms ini.
What do AV Products do and how are they tested?
Posted in Home by ApoNieAssalamualaikum…
Tajuk post diatas adalah tajuk post dari blog avast. Anda boleh membacanya di sini:
http://blog.avast.com/2009/10/31/what-do-av-products-do-and-how-are-they-tested
Berdasarkan apa yang dikatakan oleh blogger avast tersebut ada kebenarannya. Jangan 100% percaya dan yakin dengan perbandingan kecekapan Antivirus di pasaran yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Kadang-kadang teknik ujian yang digunakan tidak adil untuk sesetengah Antivirus. Saya juga tidak layak untuk menentukan Antivirus mana yang paling baik hari ini, kerana masih tidak benar-benar arif lagi dalam bidang Antivirus ini. Jadi, terserah kepada anda untuk menilainya sendiri. Sekian.
p/s: Luangkanlah masa untuk membaca post dari blogger avast tersebut. Bagi saya, informasi yang diberikan menarik
